[untitled.bmp]

 

RED ALERT; Lamanweb Kampus Negara (www.kampusnegara.net) dan UPMKini (www.upmkini.blogspot.com) telah disekat oleh Azali di kawasan UPM bermula Mac 2007. Azali dengan rasa kecut dan tiada 'punai'nya, telah meloncatkan atau memindahkan kedua-dua lamanweb ini ke lamanweb rasmi UPM. Jika anda mahu melayari kedua-dua lamanweb ini, hendaklah pergi ke cybercafe MagnaSquare, Wawasan,  dan IT4U di Flat Sri Serdang, atau di mana-mana juga di muka bumi ini kecuali di dalam kawasan jajahan UPM.

 

Azali telah menyekat pengaksesan lamanweb ini. Sila maklum kepada semua umat manusia.

 

Jika lamanweb UPMkini diloncatkan ke lamanweb rasmi UPM, inilah kerja pengecut Azali.

Maka anda dicadangkan untuk memilih salah satu dari lamanweb dibawah.

 

UPMku

UPMtoday

UPMdeli

UPMparia

UPMhariini

UPMterkini

 

 

[zohadi.JPG]

 

[pic0030-1294.JPG]

 

Sunday, April 22, 2007

Kami mahasiswa, biar kami yang tentukan siapa TNC kami.


Cakap-cakap dalam dan khabar angin mengatakan bahawa TNC HEPA UPM kini dilanda satu hambatan isu yang bakal menjejaskan reputasi beliau selaku orang kuat UMNO di dalam kampus UPM.

Mahasiswa-mahasiswi UPM kini sudah jemu dan jelik dengan apa yang telah dilakukan oleh Dr. Azali sepanjang tempoh pemerintahan.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua warga UPM untuk melakukan perubahan agar universiti ini mampu ditadbir oleh TNC yang adil dan berwibawa.

PMPUPM mendesak Naib Canselor UPM dan Menteri Pengajian Tinggi agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan pemilihan TNC di UPM yang dipilih oleh mahasiswa dan mahasiswi UPM setiap dua tahun sekali.

Dengan wujudnya pemilihan TNC ini, para mahasiswa secara adil dan bijak akan memilih TNC yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka selaku TNC berdasarkan imej calon TNC sebagai seorang pensyarah yang dihormati mahasiswa.

Biar mahasiswa-mahasiswi UPM yang menentukan halatuju UPM. Biar mahasiswa tentukan ke mana UPM ini hendak dibawa.
Kami mahasiswa, kami berhak.

Free Web Site Counters
StatS